Sabtu, 8 Jun 2013

SEJARAH SEKOLAH


Di tubuhkan pada Tahun 1972 yang diasaskan oleh Pn. Hjh Zainab Bt. Hj Ahmad. Pengajaran & Pembelajaran dijalankan di dalam Masjid Lama (sekarang Sekolah Tahfiz ). Beliau ketua guru dan guru sepenuh masa pada masa itu. Murid ketika itu hanya 145 orang.  55 orang sesi pagi dan  90 orang sesi petang dengan seorang guru sahaja iaitu Pn. Hjh Zainab sendiri. Elaun guru ketika itu hanya RM40.00 sahaja bagi sesi pagi dan petang. Pengerusi sekolah era itu adalah Cikgu Hasani B. Mohd Salleh.

            Atas usaha Pn. Hjh Zainab dan bantuan adiknya En. Zulkifli, pada tahun 1975, sekolah tersebut  berpindah ke Balai Raya iaitu tapak masjid Raudhatul Mukminin. Elaun guru RM75.00 mengikut sesi mengajar. Semasa berada di Balai raya, beberapa Pengerusi telah dilantik, di antara mereka ialah  Cikgu Arshad B. Abd. Aziz, Hj Mohd Sidin (Bekas Ketua Kampung) dan juga Hj. Mohd Isa.

            Pada tahun 1994, operasi sekolah berpindah dan menumpang di asrama anak yatim Sg. Pinang di sebabkan tapak balai raya dirobohkan untuk didirikan masjid. Murid-murid menerima pendidikan di bangunan surau asrama tersebut. Pengerusi ketika itu, masih lagi Hj. Mohd Isa dan bertukar kepada Tn. Hj Ismail b. Bakar. Hampir 5 tahun menumpang sebelum bangunan sekolah siap sepenuhnya atas sumbangan dana ikhlas individu yang benama Tn. Hj. Razali.

            Pada tahun 1999, berpindah ke bangunan sekolah sendiri atas sumbangan individu tersebut. Pengerusi ketika itu, Tn. Hj Ismail B. Bakar. Pada bulan Mei tahun 1999, berakhirlah tugas Ustazah Hjh Zainab b. Ahmad menjadi Ketua Guru ketika itu. Tugas beliau digantikan dengan  ketua guru ke-2 iaitu Pn. Hjh Hasnah Bt. Ismail. Beliau memegang jawatan ketua guru selama 6 tahun sebelum melepaskan jawatan untuk ke Tanah Suci Mekah dan ketika itu, umur beliau mencecah 60 tahun.

            Pada 1hb Disember 2005, Pn. Nor haza Bt. Shamsuri dilantik ketua guru ke-3 hingga akhir Januari 2013. Beliau berkhidmat bersama Pengerusi ketika itu yang masih lagi Tn. Hj Ismail B. Bakar. Pada 12hb Mac 2010, Pengerusi baru dilantik iaitu En. Musaruddin b. Md. Yusof  (2010 – 2013).            

            Kini, tahun 2013 adalah di bawah Ahli Jawatankuasa Pengurusan baru. 1hb Februari 2013, En. Mohd Rizan bin Haron pula dilantik menjadi ketua guru yang ke-4 hingga sekarang dan Nazir Masjid Raudhatul Mukminin sebagai Pengerusi sekolah iaitu Hj Ahmad Fuad Bin Abu.

            Sekolah tersebut merupakan sekolah altenatif ibubapa untuk menyekolahkan anak-anak dalam bidang agama. Terdapat beberapa sekolah kebangsaan anak-anak yang bersekolah disitu antaranya; S.K Batu Belah, S.K (1) & (2) Jalan Meru, S.K Simpang Lima, S.K (1) Convent Klang, S.K Rantau Panjang, S.K Jalan Paip Meru, SJK (C) Pin Hwa, SJK (C) Pui Ying dan S.K Methodist Pelabuhan Klang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan